Monday, December 7, 2009

Apa yang patut difikirkan

Apa yang patut difikirkan…………

Apa yang patut difikirkan oleh kita semua ialah mengenang jasa dan perjuangan Rasulllullah S.A.W dalam mengembangkan Islam di seluruh dunia ini.

Jasa Baginda amat besar untuk semua.

Ini kerana Baginda adalah Sayyidul Anbiya’(Penghulu Segala Nabi), walaupun Baginda adalah Nabi yang terakhir.

Walaupun Baginda S.A.W adalah Nabi yang terakhir, tetapi roh dan nama Baginda memang ada sebelum Baginda dilahirkan lagi.

Buktinya adalah apabila Nabi Adam A.S diciptakan sebelum Baginda memakan Buah Khuldi, Baginda melihat nama Nabi Muhammad S.A.W terukir di Alam Akhirat sana.

Nabi Adam A.S terus bertawassul dan mengambil berkat dengan nama Nabi S.A.W, walaupun pada masa itu Nabi Muhammad S.A.W belum dilahirkan ke bumi.

Nabi Adam lagi bertawassul kepada ayat – ayat yang terukir nama Nabi Muhammad S.A.W, tetapi adakah kita sendiri bertawassul?

Salahkah kita bertawassul di atas nama Nabi?

Tidak salah…………


Tidak dilarang untuk kita bertawassul, walaupun pernah dikatakan oleh satu fahaman bahawa Tawassul itu Bidaah dan Sesat

Tidak sesat dan tidak salah sebenarnya kita bertawassul………

Jadi renung – renungkan lah……..